1 Hour with HEP – “ODL: Bahagia atau Stress”

1 Hour with HEP : “ODL: Bahagia atau Stress” bersama Puan Wan Noraini Wan Yusoff merupakan sebuah insiatif daripada Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Perindu dalam mencari pengisian yang dapat mendatangkan manfaat yang positif kepada penghuni kolej.  Aktiviti ini  memberi ruang kepada penghuni yang berada di kolej mahupun di rumah untuk bersama tetamu jemputan iaitu Puan Wan Noraini Wan Yusoff, Ketua Pusat Kerjaya & Kaunseling, Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam.

Aktiviti Live Instagram yang dijalankan menggunakan medium akaun Instagram @kolejperindu dan @wnorainiwyusoff telah mendapat sambutan yang memberansangkan daripada semua yang turut serta. Perkongsian yang berfokus kepada sistem pembelajaran UiTM sepanjang PKP dan isu akademik yang mudah difahami semua penonton telah mendapat maklum balas yang positif melalui ruangan komen.

Dengan tajuk perbincangan iaitu “ODL: Bahagia atau Stress”, program ini telah  diterima baik oleh peserta.. Skop perbincangan merangkumi isu Open and Distance Learning (ODL) yang digunakan oleh UiTM dan kesannya kepad pelajar.  Konsep bual santai yang dibawa oleh saudara Muhammad Fitri Abdullah dari Unit Majlis & Protokol Kolej Perindu juga suatu yang menarik.

Tuntasnya aktiviti sebegini amat bagus dilaksanakan dan dijadikan contoh kerana dapat memberi ruang kepada warga kolej mendapat ilmu dan menenangkan fikiran melalui bual santai  bersama pakar walaupun terpaksa mengehadkan pergerakan masing-masing.