ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π“π„πŒπ”πƒπ”π†π€ PEMBIAYAAN BIASISWA PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN

Pada 11 dan 12 Oktober 2023 telah berlangsung program temuduga untuk pembiayaan biasiswa bagi program kejururawatan UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam di Perpustakaan UiTM kampus Bertam. Ianya melibatkan panel penemuduga daripada: i. KPJ Penang Specialist Hospital; ii. Sunway Healthcare Group; iii. Thomson Hospital Kota Damansara dan iv. UiTM Private Specialist Centre. Program ini dimulai dengan kata aluan daripada Ts. Dr Wan Ismahanisa selaku Ketua Pusat Pengajian(KPP), Fakulti Sains Kesihatan(FSK).

Turut hadir bersama En Amir Heberd Abdullah selaku Penolong Rektor Kampus Bertam, Dr. Rusnani Ab Latif selaku Penyelaras Program Kejururawatan dan barisan pensyarah kejururawatan. Program ini di buat dengan kerjasama dengan pihak Unit Kerjaya & Kaunseling UiTM Cawangan Pulau Pinang iaitu Pn Nur Fazlin Shazana Mohamad Safiai. Untuk makluman seramai 33 pelajar daripada semester 1, 35 pelajar daripada semester 3 dan 25 pelajar daripada semester 5 terlibat dalam program ini.

Antara keistimewaan yang ditawarkan dalam program pembiayaan biasiswa secara bulanan ini adalah pemberian elaun buku, pakaian seragam dan kasut serta reward akademik sekiranya pelajar mendapat CGPA melebihi 3.5 keatas sebanyak RM400. Diharapkan dengan adanya program pembiayaan biasiswa ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar kejururawatan untuk menjadi jururawat yang cemerlang dan berdidikasi di masa hadapan yang mana bersesuaian dengan tema Hari Jururawat tahun ini yang bertemakan β€œOur Nurses, Our Future” yang mana jururawat menjadi nadi dan tunjang kepada perkembangan kesihatan Masyarakat dan negara.