πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹ π‚πŽπŒπŒπ”ππˆπ“π˜ ππ‘πŽπ‰π„π‚π“ π“π‡π€πˆπ‹π€ππƒ πŸπŸŽπŸπŸ‘

BETONG, 22 Oktober 2023 – Majlis Perasmian Program International Solar Project Community Malaysia-Thailand disempurnakan oleh Datuk Bandar Betong, Encik Sagoon Lenglakkun.Β Program selama dua hari ini merupakan salah satu projek khidmat Masyarakat di bawah Service Learning Malaysia-University for Society atau SULAM, UiTM. SULAM yang dilancarkan pada tahun 2019 merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti.

Seramai 35 pelajar UiTM Cawangan Perak bersama pelajar Tessaban School 2 terlibat menjayakan pengisian program ini, antaranya pemasangan panel lampu solar bagi tujuan aktiviti pertanian di sekolah, mereka bentuk dan mendirikan kiosk makanan mudah alih serta membaik pulih kiosk asal yang usang, dan mengadakan bengkel bahasa.

Turut sama hadir ialah Rektor UiTM Cawangan Perak, Prof. Madya Dr Nur Hisham Ibrahim, Timbalan Rektor HEP, Prof. Madya Sr Dr Mohd Azian Zaidi, Timbalan Datuk Bandar Betong , Encik Ali Duding, dan Pengarah Tessaban 2 School, Puan Jurailu Salae.Β Susulan daripada kejayaan program ini, Datuk Bandar Betong bersetuju untuk mengadakan sesi lawatan balas melibatkan pelajar-pelajar dari Thailand ke UiTM Cawangan Perak pada tahun
hadapan.

Posted Under