Jawatankuasa Pembangunan Modul dan Pembangunan Kakitangan (PMPK), Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah menganjurkan satu bengkel webinar “Touch Typing for Beginners” baru-baru ini. Program tersebut telah disertai oleh pembantu tadbir sekolah dan pembantu pengurusan murid dari sekitar daerah Maran melalui aplikasi Google Meet.
Program ini bertujuan menyokong hasrat pentadbir universiti untuk mengamalkan Knowledge Transfer Programme (KTP) di kalangan komuniti dan NGO iaitu dengan memanfaatkan sumber, kepakaran dan ilmu pengetahuan yang ada dan disalurkan kepada golongan masyarakat di sekeliling. Selain itu, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta dalam mempelajari teknik asas menaip yang betul iaitu turut dikenali sebagai keyboarding atau touch-typing, serta memperkasakan kemahiran menggunakan komputer dan meningkatkan produktiviti dalam menghasilkan pelbagai bentuk dokumentasi mengikut format yang betul.
Program tersebut adalah bertepatan dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) SDG4 (Pendidikan Berkualiti) iaitu memastikan kualiti pendidikan yang terangkum dan sama rata, serta meningkatkan peluang pendidikan sepanjang hayat kepada semua.