Webinar “STUDIO & NEGOCIO”

Program Webinar: “STUDIO & NEGOCIO” anjuran Penang Nursing Student Association (PeNSA),Fakulti Sains Kesihatan (FSK), UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam telah berlansung secara maya melalui platform Cisco Webex dan Youtube Live ‘PeNSA UiTM’ pada 8 Mei 2021. “Studio & Negocio” diambil daripada bahasa Itali dan Spanish yang membawa maksud ‘Study & Business’.

Webinar kali ini memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana belajar sambil berniaga bagi membantu pelajar supaya bukan saja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi memiliki nilai tambah lain seperti keusahawanan. Webinar ini dirasmikan oleh Dr. Siti Nur Fadzilah Muhsain, Penolong Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam dengan penyertaan seramai 122 orang pelajar.

Webinar ini menampilkan Puan Nor Hafizah Binti Sulong seorang guru yang menceburi bidang keusahawanan selaku penceramah jemputan. Pn Nor Hafizah telah menceburi bidang keusahawanan selama 6 tahun dan telah berjaya menjadi salah seorang stokis kepada produk B’Special Hair Care. Penyampaian santai serta bertenaga dari Pn Nor Hafizah telah mendapat pujian dari kalangan pelajar.

Sepanjang sesi webinar ini berlansung, perkongsian daripada beberapa orang mahasiswa yang terlibat dengan perniagaan turut dikongsikan bagi memupuk nilai keusahawanan dalam diri pelajar. Aktiviti quiz secara maya menggunakan aplikasi Kahoot menutup tirai sesi webinar kali ini dengan menyediakan hadiah yang menarik bagi pemenang tempat pertama hingga ketiga.

Semoga webinar ini dapat membentuk minat serta melatih pelajar dalam bidang keusahawanan sejajar dengan hasrat kerajaan dalam usaha menjadikan keusahawanan sebagai opsyen kerjaya selepas tamat pengajian seterusnya membantu mengurangkan kadar pengangguran graduan di Malaysia.