Webinar siri 1 anjuran Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS) Fakulti Sains Kesihatan UiTM kampus Puncak Alam dan kampus Bertam yang bermula pada 10 Julai 2020 dan dijangka selesai pada 14 Ogos 2020. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk menyediakan platform alternatif pada para pelajar khususnya jurusan fisioterapi supaya sentiasa mengekalkan dan meningkatkan momentum belajar terutamanya sewaktu pandemik wabak covid-19. Selain itu, webinar ini juga diharap dapat membantu pelajar terdedah dengan kajian-kajian terbaru terutamanya melibatkan kaedah terbaru rehabilitasi.
Program ini berlangsung selama lima minggu pada setiap hari Jumaat menerusi aplikasi Google Meet. Peserta merangkumi pelajar fisioterapi kampus Puncak Alam dan Bertam, staf-staf fisioterapi dan juga alumni program fisioterapi. Webinar ini disampaikan oleh lima orang pakar dalam bidang fisioterapi dan melibatkan tajuk-tajuk seperti evidence based practice – effects of strengthening exercise on children with cerebral palsy, effect of task-specific practices on brain neuroplasticity in neuro populations, standardised assessments tools for older adults care, obesity and functional performance in patients with knee osteoarthritis and the important of Musculino in Physiotherapy. Komitmen yang jitu yang ditunjukkan oleh ahli-ahli jawatankuasa PHYTAS dan pelajar-pelajar UiTM bagi menjayakan webinar ini harus diberikan pujian dan penghargaan. Oleh hal yang demikian, pelajar-pelajar yang menyertai webinar ini akan diberi e-certificate. Diharap program-program yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan agar dapat memartabatkan lagi profesion fisoterapi di Malaysia. |