Webinar ini telah berlangsung pada 8 Jun 2021 melibatkan dua panel jemputan iaitu Supt Dr Bakri bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dan Ts Zarir Hafiz Zulkipli, Ketua Unit Keselamatan dan Mobiliti (VRUM), Insititut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan dikalangan penunggang basikal di Malaysia. Selain itu, program ini juga dapat membantu penunggang untuk mengetahui keperluan dan kaedah yang selamat sebelum dan semasa menunggang basikal. Seramai 143 peserta dari beberapa buah persatuan berbasikal dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan orang perseorangan telah menyertai webinar ini. Banyak persoalan dan permasalahan yang dikemukakan oleh peserta telah dijawab oleh kedua – dua yang telah dijemput mengikut kepakaran dan bidang masing-masing.