Pada 17 April 2022 yang lalu, The Accountancy Club (TAC) dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Islam (JPI), UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan WEBINAR ANTARABANGSA (BERSIRI) – ALBI NAADAK, YA RAMADHAN bersama Yayasan Hayrat, Malaysia sempena bulan Ramadhan 1443H ini untuk siri yang ke-2.
Siri kedua ini telah disampaikan oleh Ustaz Celal Akar, Koordinator Yayasan Hayrat Turki di Malaysia dengan topik Ramadhan: Bulan Al-Quran melalui platform Google Meet dan Youtube TAC UiTMCSH di pautan https://youtu.be/KzN02z3U2s0.
Di dalam perkongsian beliau yang bersiaran daripada Turki, Ustaz Celal telah menerangkan tentang 25 mukjizat Al-Quran yang tidak ada tolok bandingnya dengan apa jua kitab di dunia. Sungguh ia menjadi petunjuk paling besar bagi seluruh umat manusia baik yang Islam mahupun yang bukan Islam dalam menentukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan.
Terima kasih diucapkan kepada 227 penonton di Youtube TAC UiTMCSH. Selamat menyambut Nuzul Al-Quran diucapkan daripada The Accountancy Club. Siri ke-3 akan berlangsung pada 24 April 2022 melalui platform yang sama, akan menampilkan Wakil Hayrat Malaysia di Indonesia.
JOM BERSAMA MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN DAN MAJLIS ILMU BERSAMA KAMI
✨ Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua.
✨ e-sijil akan diberikan bagi setiap penyertaan.
Kehadiran semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
“Akauntansi Kontemporari, Pemacu Transformasi”