Program Amal – Infaq Kotak Makanan Untuk Iftar 2022

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka dan Jawatankuasa Rukun Tetangga Daerah Jengka telah mengadakan penyampaian Bantuan Infaq For Iftar (i4i) pada 21 April 2022 (Khamis) di sekitar Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

Bantuan Infaq For Iftar (i4i) merupakan satu inisiatif UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka yang diadakan setiap tahun melalui Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dan Bahagian Pentadbiran untuk membantu golongan kurang berkemampuan. Sebanyak 55 buah kotak bantuan telah diagihkan kepada penerima yang terpilih melalui Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Ziarah ini disertai oleh Pegawai daripada Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), Wakil Bahagian Pentadbiran dan Unit Komunikasi Korporat serta Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dan dipereratkan dari masa ke semasa.

 

Tajuk Asal: UiTM Cawangan Pahang Dan Krt Daerah Jengka Menganjurkan Program Amal – Infaq Kotak Makanan Infaq For Iftar (I4I) 7.0 2022