“_Mama..nak ayam goreng..sayur tak nak..pahit..”
“Dia makan apa dia suka je hari- hari lauk sama pun tak apa”
“anak istimewa saya tak mahu cuba makanan baru”
Situasi begini sering berlaku pada kanak-kanak dan ia amat menggusarkan kita sebagai ibubapa. Semestinya kita mahu berikan yang terbaik kepada anak-anak dan memastikan mereka mendapat nutrisi yang sepatutnya untuk mengoptimumkan proses tumbesaran.
Jadi, sertai kami di Webinar “Anak Cerewet Makan? Apa solusinya”.
Tarikh : 20 Oktober 2021 (Rabu)
Masa : 10 am – 1 pm
Platform : Zoom Meeting
Webinar ini menampilkan para panelis berwibawa yang terdiri daripada pelbagai bidang, untuk mengupas secara terperinci isu mengenai anak cerewet makan. Ianya sangat sesuai diikuti oleh ibu bapa yang menghadapi masalah anak cerewet makan dan ibubapa yang memiliki anak-anak berkeperluan khas seperti penghidap cerebral palsy, Autism,ADHD dan lain-lain.
Para peserta juga berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan panelis sekiranya mempunyai persoalan yang ingin diajukan. Rakaman video turut diberikan selepas program tamat.
Daftar segera dan dapatkan maklumat lanjut di pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdfhwWWmlDnHEgYWR-shIEg3eat-5-6zYFFQN2fV3YhIgWTMQ/viewform?usp=pp_url
Tempat adalah terhad!