KOTA SAMARAHAN – Lembaran tahun baru 2021 diserikan dengan Amanat Naib Canselor UiTM yang dipancarkan secara atas talian melalui pautan You Tube iaitu UiTM Channel pada 20 Januari 2021 bermula jam 10.00 pagi. Warga UiTM Cawangan Sarawak tidak melepaskan peluang ini untuk menyaksikan sendiri perutusan amanat tahun baru 2021 yang disampaikan oleh Naib Canselor, YBhg. Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim.
Semua warga kerja UiTM Cawangan Sarawak telah mengambil kesempatan ini untuk mendengar sendiri amanat Tahun Baru beliau walaupun ada sebahagian staf sedang bertugas di luar pejabat seperti staf pelaksana. Semangat seperti ini perlu dipupuk bagi memastikan setiap maklumat dan hala tuju Universiti dapat disalurkan hingga ke semua peringkat pengurusan Universiti.