21 OKTOBER 2021 (KHAMIS) KOTA SAMARAHAN: Bersempena dengan Hari Sukan Negara, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah bekerjasama dengan Pusat Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan kampus cawangan UiTM yang lain dalam menganjurkan Program Santai Sukan bersama Naib Canselor menerusi Youtube Channel dan Zoom UiTM pada tarikh 21 Oktober 2021 (Khamis) bertempat di Dewan Jubli, Kampus Samarahan, UiTM Cawangan Sarawak.
Program ini bertujuan untuk aktiviti tahunan Naib Canselor bersama keluarga UiTM seluruh kampus, mengeratkan silaturahim antara warga UiTM, menerapkan minat dan kecenderungan warga UiTM dalam kegiatan sukan dan riadah serta membentuk satu budaya masyarakat kampus yang berkualiti cergas dan sihat.
Uniknya program sukan ini ia buat julung kalinya secara dalam talian serentak di kampus cawangan UiTM masing – masing. Turut serta dalam program ini ialah Profesor Dato Dr Jamil Haji Hamali, Rektor UiTM Cawangan Sarawak berserta semua Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Sarawak.