Program Orientasi Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi Semester 1 Dan Penerapan Diploma Semester 3

7 Oktober 2021: Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS), UiTM Cawangan Selangor  Kampus Puncak Alam telah mengadakan Program Orientasi Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi Semester 1 Dan Penerapan Diploma Semester 3 bagi mengukuhkan pemahaman mahasiswa fisioterapi yang baharu mengenai bidang fisioterapi serta peluang kerjaya fisioterapi sebelum memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Selain itu, program ini turut mengeratkan hubungan sesama mahasiswa baharu yang dapat dibentuk dipamerkan dengan mewujudkan kerjasama antara mahasiswa walaupun hanya berinteraksi secara atas talian.

Program ini melibatkan seramai 49 orang mahasiswa iaitu 21 orang mahasiswa ijazah sarjana muda fisioterapi semester 1 dan 28 orang mahasiswa penerapan diploma semester 3. Program ini berlangsung selama satu hari bermula jam 8.45 pagi hingga 4 petang. Program dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan daripada pengarah program dan Ketua Pusat Pengajian Fisioterapi UiTM Kampus Puncak Alam, Dr Ida Hasni Shaari’. Seterusnya, slot perkongsian pengalaman dalam bidang fisioterapi yang disampaikan oleh En Azffanizam Abdul Halim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Aero Healthcare Group Sdn Bhd. Sesi soal jawab diantara mahasiswa dan penceramah turut berlangsung sebelum para peserta beralih kepada aktiviti permainan 1 sehingga program pada sesi pagi berakhir pada jam 11.15 pagi.

Pada jam 2 petang, program sesi petang bermula dengan slot suai kenal bersama para pensyarah Fisioterapi UiTM Puncak Alam dan UiTM Bertam serta kakitangan jabatan fisioterapi UiTM Puncak Alam. Setelah selesai slot suai kenal, mahasiswa dan para pensyarah menyertai aktiviti permainan 2 yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa program. Tepat pada jam 4 petang, Program Orientasi Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi Semester 1 Dan Penerapan Diploma Semester 3 tamat.