Wacana Kemerdekaan dan Hari Malaysia Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) Tema: Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

15 Ogos 2023, Selasa telah berlangsung program Wacana Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) HEP UiTM di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Program Wacana Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini diadakan untuk membincangkan serta memperkembangankan wacana ilmu sebagai salah satu usaha dalam melahirkan satu masyarakat yang berbudaya cintakan ilmu. Program Wacana Kemerdekaan yang sesi kali ini telah menjemput empat tetamu khas iaitu YBhg. Prof Sr Dr Azmi Hassan daripada Nusantara Academy for Strategic Research NASR (Geostrategis), YBrs. Tn Hj Khalid Yahya daripada Akademi Kajian Rantau Nusantara – AKAR, YBrs Pn Siti Hawiyah binti Manan seorang Ketua Seksyen Rujukan dan Akses daripada Arkib Negara Malaysia – ANM, dan YBrs Sdr Izzudin Al-Jitrawy yang juga merupakan seorang pencipta kandungan atau pempengaruh. Sesi bual bicara ini telah dikendalikan bersama Ketua Unit Pengembangan Ilmu IMPAK, Sr Dr Ismail Ma’arof dengan membawa tema “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.

Antara kandungan perbincangan telah menyentuh berkaitan Perlembagaan Malaysia, tokoh-tokoh negara yang menyumbang kepada negara tercinta ini, selain turut membincangkan isu pemupukan jati diri dan maklumat sejarah negara yang tepat. Ahli panel juga menyentuh isu pemikiran dan sikap golongan muda kini yang dilihat semakin terhakis dengan pengaruh budaya luar. Audiens dapat mengikuti perbincangan ini secara bersemuka dan juga secara maya melalui saluran YouTube rasmi Perpustakaan UiTM. Sekalung tahniah diucapkan terutamanya kepada pihak penganjur iaitu IMPAK HEP UiTM dan PTAR UiTM serta pihak-pihak terlibat dalam menjayakan Program Bual Bicara IMPAK bersempena sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini. Semoga berjumpa pada program lain yang akan datang.