Virtual Combat Championship 2020

Seramai 14 orang pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Puncak Alam telah menjayakan projek tahun akhir secara maya buat julung kalinya iaitu program Virtual Combat 2020. Program yang dirangka dengan mengangkat isu semasa di dunia untuk diketengahkan dalam bentuk permainan video yang telah berlangsung pada 25 November hingga 13 Disember 2020. Program ini berlangsung selama 19 hari dengan menyiarkan secara rasmi di pelantar maya Facebook. Idea di sebalik penganjuran program ini adalah menghimpunkan dan menjadi pentas bagi golongan peminat dan pecinta permainan video.

Inspirasi program ini telah disuntik daripada masyarakat kini yang gemar untuk bermain permainan video yang menggunakan telefon pintar disamping ia juga mampu meningkatkan daya kreativiti yang tinggi dan kerjasama di dalam pasukan dimana ia menjadi tunjang utama pelaksaan Virtual Combat 2020. Penganjuran program ini telah mendapat perhatian masyarakat di negara ini dimana penyertaan program ini dapat dilihat dari negeri yang berbeza malah program ini berjaya meraih perhatian negara jiran iaitu Filipina yang turut menjadi peserta program ini. Kaedah pelaksanaan program Virtual Combat 2020 bagi kesemua peserta ialah bermain didalam peringkat saringan untuk melayakkan diri ke peringkat akhir dan memenangi hadiah terkumpul sebanyak RM 2400.

16 kumpulan untuk permainan PUBG manakalah 2 kumpulan bagi permainan MLBB untuk terus mara setelah bertempur pada peringkat saringan, suku dan separuh akhir sebelum layak ke peringkat akhir untuk bersaing mendapatkan gelaran juara. Pada hari kemuncak tersebut, pelbagai intipati menarik telah disiarkan selain dari siaran langsung permainan peringkat akhir. Antaranya ialah perlbagai iklan yang menarik daripada pihak tajaan di samping terdapat elemen cabutan bertuah khas buat penonton yang telah menyertai giveaway secara langsung pada program ini. Pada hari tersebut lebih 23 000 tontonan daripada penonton secara rasmi telah menyaksikan siaran langsung permainan akhir PUBG dimana kebanyakan daripada penonton datang daripada peminat OOHAMI dan UKILLER sebagai tetamu undangan. Manakala MLBB pula 2600 tontonan.

Program ini yang diacarakan oleh dua orang pengacara permainan video yang berpengalaman iaitu Sir Cloud dan Sheikh Tranquil Nameless dimana keseluruhannya program telah menerima maklumbalas yang positif dari penonton dengan penganjuran program Virtual Combat Championship 2020. Menurut pengarah program, saudara Syed farhan bersama dua penasihat program iaitu Encik Muhammad Hafizi Zamri dan Puan Wan Soraya Wan Abdul Ghani serta ahli jawatankuasa program Virtual Combat 2020 yakin bahawa program seperti ini mampu memberi impak yang besar dalam komuniti serta membuka mata khalayak ramai untuk lebih yakin serta meningkatkan mutu kualiti di dalam dunia permianan video ini.

Di samping penganjuran program Virtual Combat 2020, sebagai elemen tambahan serta penutup bagi program ini dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah menyerahkan sejumlah dana serta ke Pertubuhan Kasih Ummat pada 23 Disember 2020 secara alam maya dengan menggunakan “e-mock cheque”. Hal ini berikutan tema yang dibawa sangat dekat dengan masyarakat kini dimana dapat dilihat dengan hal yang berlaku pada masa ini serba sedikit
mendatangkan kesan yang mendalam kepada masyarakat di negara ini. Akhir kata, pihak penganjur program ini percaya serta yakin bahawa cabaran norma baharu bukanlah penghalang untuk menganjurkan sebuah program yang berimpak tinggi.