Pada 7 Februari 2024 baru-baru ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi telah mencatat pencapaian yang membanggakan apabila berjaya mengangkul Enam (6) Anugerah di Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2023 ini merupakan anjuran Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC) sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, diadakan di M Resort & Hotel Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad. Pada Majlis ini, UiTM diwakili oleh Profesor TPr Dr Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni) dan Profesor Ts Sr Dr Md Yusof Hamid, Penolong Naib Canselor (Pembangunan).
Penyertaan UiTM buat kali ke Lima dalam penarafan ini adalah kerjasama Strategik UiTM Green Centre (UGC) Bersama rakan strategik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Dalam Penarafan Bandar Rendah Karbon ini, terdapat lima (5) elemen utama dalam pengukuran pengurangan pelepas karbon termasuk tenaga, air, sisa, mobiliti dan kawasan hijau sepanjang tahun 2023.
Pada Kali ini UiTM telah berjaya merangkul satu (1) anugerah diamond bagi kategori zon iaitu Seksyen 1, UiTM Shah Alam dengan mendapat penarafan Lima Diamond dengan Pengcapaian Penurunan Karbon sebanyak 49.45% atau sebanyak 33,082 Tan Karbon dioksida (Co2).
Manakala bagi lima (5) anugerah diamond lagi adalahbagi kategori Bangunan yang berada di dalam Kampus UiTM Shah Alam. bangunan tersebut adalah Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, dengan Penurunan Karbon sebanyak 49.33% atau sebanyak 879.45 Tan Karbon dioksida (Co2). Seterusnya adalah bangunan Akademi Pengajian Bahasa (APB), dengan Penurunan Karbon sebanyak 56.09% atau sebanyak 121.78 Tan Karbon dioksida (Co2).
Bangunan ketiga adalah bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, dengan Penurunan Karbon sebanyak 35% atau sebanyak 483.31 Tan Karbon dioksida (Co2). Seterusnya adalah bangunan Kolej Pengajian Alam Bina, dengan Penurunan Karbon sebanyak 24.9% atau sebanyak 443.18 Tan Karbon dioksida (Co2). Dan yang terakhir, adalah Bangunan Pusat Kesihatan UiTM, dengan Penurunan Karbon sebanyak 3.16% atau sebanyak 9.64 Tan Karbon dioksida (Co2).