UiTM Pemangkin Generasi Saintis

Kuala Lumpur, 5 Disember 2023– Pelajar Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK) UiTM Shah Alam telah menjalinkan kerjasama bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur dalam program STEM EXHIBITION: EXPLORE THE WORLD! . Kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif program SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society). Program ini telah dihadiri oleh murid sekolah berkenaan lebih kurang 80-100 orang. Matlamat utama program ini adalah untuk  mendedahkan serta manarik minat murid sekolah kepada ilmu sains dan teknologi. Dalam arus kepesatan teknologi masa kini, program seperti ini dilihat adalah sangat penting bagi menjamin generasi akan datang mampu mencipta teknologi yang berupaya menangani masalah selari dengan peredaran zaman.

Dalam program ini, 10 buah kumpulan yang terdiri daripada pelajar UiTM  dari jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Minyak dan Gas dari Pengajian Kejuruteraan Kimia telah melakukan demonstrasi serta penerangan tentang sains dan juga teknologi. Antara demosntrasi yang telah dilakukan oleh mahasiswa and mahsiswa uitm ialah penerangan tentang bagaimana process pencarian minyak dilakukan disamping penjelasan bagaimana untuk pembersiahan minyak dilakukan jika terdapat tumpahan minyak berlaku.

Selain itu, para peserta juga dapat melakukan demosntrasi experimen sains yang dibimbing oleh mahasiswa dan mahasiwi UiTM ini sebagai seperti Cabbage Indicator dan Lava Lamp. Dalam aktiviti Cabbage Indicator, peserta didedahkan dengan konsep pH iaitu asid, neutral serta dalam bahan mudah didapaiti dalam kehidupan harian. Para peserta diberikan pendedahan bagaimana untuk membaca pH sesuatu bahan itu melalui penunjuk (indicator) yang boleh disediakan sendiri oleh peserta mengunakan kobis ungu dan air. Para peserta juga diberikan peluang untuk mencuba aktivit ini secara hands-on. Dalam aktiviti lain seperti Lava Lamp, para pelajar diberikan pendedahan tentang konsep ketumpatan sesuatu bahan dan bagaimana bahan ini boleh dijadikan lampu perhiasan yang cantik.

Dalam program ini juga terdapat kumpulan yang mengetengahkan konsep bermain sambil belajar. Antara aktiviti yang mengamalkan konsep ini dalam pameran STEM ini ialah Whodunit & Catch’it .Aktiviti  Whodunit & Catch’it ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian 1 iaitu Whodunit dan  bahagian 2 2 permainan ialah permainan mini iaitu catch’it . Pada bahagian pertama aktivuti ini, para pelajar akan didedahkan dengan satu situasi di mana kejadian jenayah telah berlaku. Para fasilitator akan membimbing pelajar untuk bersama – sama mencari suspek dan penjenayah daripada beberapa petunjuk yang ditinggalkan. Terdapat dua petunjuk yang akan diberikan kepada para pelajar iaitu cap jari dan surat ugutan yang dijumpai di sekeliling tempat jenayah. Bukti ini akan diproses dengan mendapatkan cap jari suspek (fingerprint extraction) untuk siasatan lebih lanjut. Aktiviti ini dapat memupuk fokus dan daya ketelitian para peserta untuk mengkaji serta menganalisis keadaan sekeliling untuk menyelesaikan masalah di samping menggunakan daya fikiran mereka untuk berfikir dengan kritis, selain dapat mengaplikasi ilmu STEM yang dipelajari dalam kelas. Para pesrta juga akan didedahkan dengan cara – cara untuk memproses bahan bukti yang kedua iaitu surat ugutan. Cara penyelesaian masalah ini adalah dengan mengguna pakai teori pH supaya mesej di dalam surat tersebut dapat diketahui (ink reveal). Kedua – dua aktiviti yang akan dijalankan dalam bahagian demonstrasi ini dapat menarik minat peserta terhadap STEM kerana mereka dapat lihat di mana sebenarnya ilmu STEM dapat diaplikasikan. Selain itu, aktiviti yang menyeronokkan ini dapat membantu pelajar untuk meningkatkan fokus supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling agar mereka lebih faham bahawa STEM sangat berkait dalam kehidupan seharian. Dalam bahagian kedua aktiviti ini iaitu catch’it , para peserta dikehendaki untuk melastik penjenayah ke dalam cawan pada jarak tertentu. Aktiviti ini akan dilaksanakan dengan menggunakan lastik (catapult). Di dalam aktiviti ini, pesererta haruslah mempunyai daya fokus yang tinggi serta kebolehan menganggar jarak supaya tepat menuju sasaran. Kedua-dua bahagian permainan mini ini mengaplikasikan STEM iaitu dalam kategori Sains (kimia & forensik) di bahagian pertama dan kategori Engineering (mekanikal) di bahagian kedua.

Selain daripada aktiviti Whodunit & Catch’it, Rubber Band Paddle Boat juga turut menerapkan konsep yang sama. Dalam aktiviti ini, para peserta perlu membina bot kayuh dengan hanya menggunakan gelang getah, 10 batang ais krim, gam serta gunting. Setelah bot kayuh ini siap dibina oleh peerta, keupaayan bot-bot ini akan diuji melalui pertandingan yang desertai oleh 3 buah kumpulan . Bot-bot ini diuji berdasarkan kelajuan serta berapa jauh  jarak sesebuah bot itu boleh pergi. Melalui aktiviti ini, para peserta dapat mempelajari konsep fizik. Dalam konsep ini, para pelajar akan dapat mengetahui tenaga boleh berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Dalam aktviti ni, tenaga keupaayan dalam getah yang digunakan boleh ditukar kepada tenaga kinetik yang membolehkan bot bergerak dia atas air. Selain itu , para peserta juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam pasukan  serta daya pemikiran aras tinggi dalam diri mereka.

Menurut salah seorang perseta program ini, Balqis binti Azhar, pameran sains dan teknologi seperti ini membuatkan dirinya lebih lagi meminati subjek sains. Menurut ketua program ini, Qasrina Syazwani binti Rostam, program ini dilihat sangat membantu pelajar sekolah dalam meninati sains dan teknologi di samping membantu murid tingkatan 3 bagi menentukan aliran yang akan diambil oleh mereka di tingkatan 4 nanti.

Program SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society) 2023/2024 adalah salah satu inisiatif yang bermatlamatkan untuk memperkasa dan perkhidmat kepada maysrakat melalui aktiviti seperti ini. Siswazah diberi peluang untuk mengaplikasikan segala pengetahuan secara praktikal dan melihat bagaimana ilmu yang diperoleh mampu memastikan generasi akan datang menjadi generasi yang innovatif.