UiTM KSK Shah Alam Juara 5 Kali Berturut-Turut Karnival Sukan Staf UiTM (KARISTA) Dungun, Terengganu

YBhg. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar merangkap Presiden Persatuan Sukan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Malaysia mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua para atlet UiTM Shah Alam termasuk pengurus, jurulatih, urusetia dan pengurusan KSK Shah Alam dan Pusat Sukan atas pengorbanan masa, tenaga, usaha dan kos perbelanjaan bagi memastikan kontigen UiTM Shah Alam mengekalkan kejuaraan buat kali ke-5 berturut-turut pada KARISMA 2022 yang berlangsung pada 24-30 Ogos 2022 di UiTM Dungun, Terengganu.

Menurut chef de mission, Dr Norrul Azmi Yahya (Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan,) yang merupakan presiden Kelab Sukan Kakitangan (KSK) Shah Alam, banyak cabaran dan dugaan KSK dapat ditempuhi bersama. Semangat berpasukan adalah teras kejayaan buat semua para atlet dan pengurusan atlet seramai 180 orang. KSK Shah Alam amat berbangga dengan semangat juang dan pencapaian cemerlang semua para atlet pada tahun ini.

Pencapaian 11 pingat emas melebihi 8 sasaran emas adalah pencapaian luar biasa para atlet KSK Shah Alam menerusi acara tenpin bowling(4 emas), golf(2 emas), tenis(1 emas), bola tampar(1 emas), bola jaring(1 emas), bola sepak senior(1emas) dan bola sepak veteran(1 emas). Selain itu, 9 pingat perak dan 9 gangsa menerusi acara kumpulan dan individu termasuk tenis, badminton, catur, petangue. Ini menjadikan UiTM Shah Alam merupakan kontigen kutipan pingat terbanyak dengan 29 pingat keseluruhan.

Prof Sazili sentiasa memberi sokongan padu dan mendoakan semoga KSK Shah Alam akan terus cemerlang dan terus mengekalkan kejuaraan KARISTA 2023 di Jengka, Pahang pada tahun hadapan dan lebih ramai atlet Shah Alam terpilih ke Sukan Staff Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 di UPM pada September ini.

Atlet Cemerlang, UiTM Gemilang