UiTM Juara Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) 2024

Pusat Asasi UiTM telah menghantar dua pasukan bagi menyertai Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) 2024 anjuran Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam dengan Kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang berlangsung dari 25 hingga 27 Februari 2024.

 

Nur Amanina Mastura binti Mohd Razdi (Asasi Undang-Undang KPTM), Darwisyah Insyirah binti Shaifulnizam (Asasi Undang-Undang UiTM), Mohammad Amirul bin Ngatiman (Asasi Sains ) dan Muhammad Daniel Irfan bin Zulkipli ((Asasi Undang-Undang UiTM) mewakili UiTM A. Manakala UiTM B diwakili oleh Putri Nurizzah Salimah binti Mohamad Zainudin (Asasi TESL), Siti Nur Syahmina binti Rosli (Asasi Kejuruteraan), Aliaa Maisarah binti Mohamad Masri (Asasi TESL) dan Awang Aliff Ikmal bin Haris @ Mohd Haris (Asasi Kejuruteraan).

Festival Pantun Antara Asasi kali ke-3 ini telah disertai oleh 22 kumpulan dari 13 universiti awam, 2 kolej matrikulasi dan 1 politeknik. Pasukan UiTM A telah berjaya mengalahkan Universiti Malaya dan dinobatkan sebagai juara pada pertandingan akhir Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) 2024 yang telah diadakan di Auditorium Pusat Permata Pintar UKM pada 27 Februari 2024.Kemenangan ini telah membolehkan UiTM A membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM2,500.00 beserta piala pusingan. Manakala pasukan UiTM B telah berjaya mara ke suku akhir dan membawa pulang hadiah sagu hati berjumlah RM500.00. Pasukan UiTM B juga telah berjaya memenangi Pembukaan Terbaik dan Busana Terbaik yang masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM300.00.

Nur Amani Mastura binti Mohd Radzi, pemantun dari UiTM A telah dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik Keseluruhan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM300.00.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan pantun Pusat Asasi UiTM atas kejayaan yang telah diperolehi.