Bakti Disanjung Budi Dijunjung, 29 Tahun Puan Hamidah Berkhidmat di UiTM Cawangan Sabah

TAWAU, 29 Februari 2024 – Setelah menabur bakti hampir 29 tahun, hari ini merupakan hari terakhir buat Puan Hamidah Haji Achmad di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTMCSH) Kampus Tawau dengan jawatan terakhir beliau Pensyarah Kanan, DM52. Puan Hamidah akan bersara secara rasmi bermula pada 1 Mac 2024.

Sebagai rekod, Puan Hamidah memperolehi kelulusan Sarjana daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Teknologi Maklumat. Beliau mula berkhidmat sebagai Pensyarah UiTM pada 16 Julai 1995 di kampus Kota Kinabalu sebelum berpindah ke Kampus Tawau pada 12 Oktober 1998 sehingga hari ini. Banyak jasa dan pengorbanan beliau terhadap UiTM termasuk pernah menjawat jawatan Koordinator Kampus Tawau pada tahun 1999-2002 dan tahun 2008-2015.

Selamat bersara dan terima kasih diucapkan atas segala khidmat bakti selama 29 tahun di UiTM Cawangan Sabah. Seluruh warga UiTMCSH Kampus Tawau mendoakan semoga Puan Hamidah sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Buah pinang dibelah dua,
Lipat sirih di tapak tangan,
Bakti Puan kami tak lupa,
Budi baik jadi kenangan.