UiTM Jalin Sinergi Laksana Program Khidmat Masyarakat

Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (JAHEIS), telah mengadakan Community Outreach Programme di Kampung Pagi, Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Turut sama sebagai rakan kolaborasi UiTM, Unit Pengurusan Non-Residen Perpustakaan Tun Abdul Razak, Pusat Kesihatan, Islamic Astronomi & Solar Astrophysic Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka, Pusat Islam & Pembangunan, UMPSA dan Uniten Islamic Centre.

Program selama tiga hari ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti kenduri kampung, forum perdana, pemeriksaan kesihatan percuma, senaman madani, program selangkah ke university, program anak angkat, pengukuhan fardu ain, sudut Iqra’, explorace, program bacaan pantas dan banyak lagi.

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam, Haji Hanafi Haji Hanafi berkata, “ UiTM bukan sahaja dilihat sebagai pusat pengajian yang melahirkan mahasiswa sahaja, sebaliknya sentiasa memperluaskan agendanya dengan menjayakan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat, mendekati masyarakat melalui program pendidikan dan kerohanian yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat luar bandar”.

Pelbagai reaksi positif telah diperolehi penduduk kampung dan berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.