UiTM Cawangan Selangor Sertai Program Kutip Sampah Sambil Riadah, Anjuran KPT

9 Mac 2024 – UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah menyertai Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) Pra-Ramadhan 1445H anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Persatuan Sahabat Sungai Malaysia (FORM). Program KUDAH dianjurkan sebagai satu aktiviti mendekatkan diri dengan alam sekitar, dan gaya hidup sihat secara rohani dan jasmani.

Kumpulan UCS yang terdiri daripada 45 orang pelajar dari Kampus Puncak Alam dan Kampus Dengkil dan 2 orang pegawai pengiring telah diketuai oleh YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor HEP, mewakili Rektor. Turut hadir memberi sokongan adalah YBrs. Profesor Ahmad Farid Abidin@Bharun, Pengarah Pusat Asasi, bersama YBrs. Encik Mahadi Kamaludin, Timbalan Pengarah HEP & iCAN Pusat Asasi.

Penyertaan pelajar UiTM Cawangan Selangor yang teramai diantara peserta program itu juga telah mendapat perhatian YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi. Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada UCS kerana menyokong program yang dianjurkan oleh beliau.

 
#UCSCemerlang