UiTM Cawangan Sabah Sebagai Rakan Akademik Bengkel Pengurusan Kewangaan ‘My Money & Me’ (Sabah)

KOTA KINABALU, 23 September 2023 – Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Sabah telah menjadi rakan akademik penganjuran Bengkel Pengurusan Kewangan ’My Money & Me’ anjuran Malaysian Financial Planning Council (MFPC) pada 22 Julai 2023 yang lalu bertempat di Hotel 7 Suria, Kota Kinabalu. Ini merupakan penganjuran bagi kali ketiga berturut-turut yang telah diadakan secara kolaborasi bersama persatuan pelajar iaitu The Accountancy Club (TAC) sejak tahun 2021.

Seramai 289 peserta terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, penjawat awam dan swasta termasuk orang ramai berpeluang mendengar taklimat berkaitan banyak perkara daripada agensi yang terlibat. Di antaranya adalah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara Malaysia dan Federations of Investment Managers Malaysia (FIMM). Penyertaan terbaru bagi edisi tahun ini ialah daripada Bix Malaysia yang membincangkan tentang bon dan sukuk. Para penceramah juga telah berkongsi beberapa tips berkaitan dengan topik yang dibincangkan.

Di dalam program ini juga, telah dilancarkan MFPC Sabah Chapter (https://www.mfpc.org.my/mfpc-sabah-chapter/) yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Lee Fatt, Pembantu Menteri Kewangan II, Sabah. Diharapkan dengan penubuhan MFPC Sabah Chapter yang diketuai oleh Encik Chai Nyit Ngen (Mr. Sunny) akan membuka lebih banyak peluang kepada Fakulti Perakaunan dan UiTM Cawangan Sabah khususnya dalam pelbagai bentuk kolaborasi kelak.