UiTM CAWANGAN SABAH RANGKUL 12 ANUGERAH INOVASI DALAM INOBORNEO23

SEMPORNA, 5 Oktober 2023 – Pasukan Kumpulan Inovasi Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah (UiTMCSH) telah berjaya merangkul dua belas anugerah dalam Pertandingan Inovasi Borneo Peringkat Kebangsaan 2023 (InoBorneo23) yang telah diadakan pada 3 – 5 Oktober, bertempat di Hotel Seafest, Semporna, Sabah.

Dua Anugerah Utama InoBorneo23 iaitu “Diamond STEM Inspiration Award” telah dimenangi oleh Kumpulan Inovasi Dr. Mohd Faizal Achoi (Ketua), Dr. Rafidah Selaman, Mohd Ruzaleh Nurdik dan Dr. Ajis Lepit dengan tajuk inovasi “Natural Power Electric Source (NAPES)”. Anugerah Utama InoBorneo23 “Diamond Green Tech Award” dimenangi oleh Kumpulan Inovasi Dr. Husairi Fadzilah Suhaimi (Ketua), Dr. Nur Syazwani Mokhtar, Rosfayanti Rasmidi, Kevin Alvin Eswar, Prof. Dr. Rusop Mahmood dan co-Inovator dengan tajuk inovasi “Enhancing Greenhouse Environmental Monitoring Through Metal-Oxide Semiconductor Humidity Sensor with Nb-Dopant”.

Manakala, dua Anugerah Khas Penaja InoBorneo23 dimenangi oleh Ts. Jacqueline Joseph (secara individu) dengan tajuk inovasi “Microcredential: AI Propagate to Innovate” dan Kumpulan Inovasi Dr. Siti Sarayati Abdul Mawah (Ketua), Dr. Lo Chor Wai, Farnidah Jasnie, Emmai Setina dan Elden Zoumin dengan tajuk inovasi “Sunny Foodball 2.0”.

Empat Anugerah Emas InoBorneo23 telah dimenangi oleh Kumpulan Inovasi Dr. Siti Sarayati Abdul Mawah (Ketua), Dr. Lo Chor Wai, Farnidah Jasnie, Emmai Setina dan Elden Zoumin, Kumpulan Inovasi Dr. Husairi Fadzilah Suhaimi (Ketua), Dr. Nur Syazwani Mokhtar, Rosfayanti Rasmidi, Kevin Alvin Eswar, Prof. Dr. Rusop Mahmood dan co-Inovator, Kumpulan Inovasi Dr. Mohd Faizal Achoi (Ketua), Dr. Rafidah Selaman, Mohd Ruzaleh Nurdik dan Dr. Ajis Lepit, dan Ts. Jacqueline Joseph (secara individu).

Sementara itu, empat Anugerah Perak InoBorneo23 pula dimenangi oleh Kumpulan Inovasi Dr. Ajimi Jawan (Ketua), Dr. Ajis Lepit dan co-Inovator, Kumpulan Inovasi Dr. Choo Siow Chin (Ketua), Carolline Eveth Cyrinus, Jemat Julaihi Basri dan Muliyadi Guliling, Kumpulan Inovasi Dr. Spencer Hedley Mogindol (Ketua) dan Andrew Ginsos, dan Kumpulan Inovasi Ts. Gs. Dr. Alexius Korom (Ketua), Mohd Shahrizan Syukur dan Hazmi Awang Damit.

Pertandingan InoBorneo23 bertemakan “Inovasi Melestarikan Masyarakat Madani” buat julung-julung kalinya diadakan di pantai timur negeri Sabah merupakan anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Tawau bersama tujuh institusi pendidikan yang berbeza termasuk UiTMCSH Kampus Tawau.

Untuk rekod, sejumlah 152 pasukan yang melibatkan 550 inovator seluruh negara telah bertanding untuk berkongsi pengalaman dan hasil inovasi berkaitan rekacipta, produk fizikal atau digital dan penyelidikan tanpa produk. Antaranya, dari negeri Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Majlis Perasmian Penutupan dan Pengumuman Keputusan Pemenang Pertandingan InoBorneo23 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Nizam Bin DSP Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah.