Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Universiti Teknologi MARA Perlis akan menganjurkan program The 5th International Innovation, Design and Articulation (i-IDeA 2020) pada Oktober 2020 dan Mac 2021 bertempat di UiTM Cawangan Perlis. Program bertemakan “Empowering Research, Innovation Idea and Entrepreneurship Towards Sustainable Economy” merupakan satu program peringkat antarabangsa yang dibahagikan kepada 16 acara daripada tiga kategori utama iaitu kategori inovasi, konferensi antarabangsa dan pertandingan.
Antara tujuan utama i-IDeA 2020 adalah untuk mempamerkan dan mempertandingkan rekacipta inovasi dan idea yang dihasilkan oleh ahli akademik dan bukan akademik, penyelidik, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara serta sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia. Di samping itu i-IDeA 2020 juga diadakan untuk membantu mewujudkan kerjasama pengkomersialan antara peserta dengan pihak agensi kerajaan dan swasta. Program peringkat antarabangsa yang dianjurkan untuk kali ke-5 ini mensasarkan sebanyak 500 produk. Pada penganjuran kali ke-5 ini juga berlainan daripada penganjuran sebelum ini, ini adalah kerana kebanyakan acara pada kali ini dianjurkan secara maya/virtual disebabkan pandemik covid-19.
Menurut Rektor UiTM Perlis, dalam memastikan kelancaran dan pengiktirafan program i-IDeA 2020, UiTM Perlis turut menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa institusi luar negara seperti Universiti Islam Riau (UIR), Indonesia and Kasertsart University (KU), Thailand. Dalam masa yang sama, universiti dalaman, agensi kerajaan serta swasta tidak ketinggalan untuk turut serta menjadi rakan strategik dalam penganjuran i-IDeA 2020 termasuk Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal (MASS), Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Kedah, GeoConnexion Limited, Persatuan Kedoktoran Teknikal Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, ADTEC Taiping, Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Dewan Kosmik selaku majalah rasmi i-IDeA 2020.