Penangguhan Majlis Pelancaran dan Eksplorasi SULAM-Net

Majlis Pelancaran dan Eksplorasi SULAM-Net anjuran bersama Fakulti Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) Ditangguhkan

Untuk makluman, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merupakan penganjur bersama bagi Majlis Pelancaran dan Eksplorasi SULAM-Net yang bakal dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Walau bagaimanapun, Majlis Pelancaran dan Eksplorasi SULAM-Net yang dijadualkan pada 8 Oktober 2020 ini ditangguhkan ke satu tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian, berikutan peningkatan penularan kes Covid-19. Ini adalah selaras dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar semua bentuk perhimpunan umum dan fizikal ditangguhkan.