UiTM Cawangan Pahang: Finalis AKNC 2022

Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) merupakan satu anugerah yang berprestij di peringkat UiTM umumnya, yang menjadi rebutan dan idaman di setiap kampus dan fakulti. Sukacita bahawa UiTM Cawangan Pahang telah menjadi finalis bagi AKNC tahun 2022.

Edisi 2022 kali ini yang bertemakan Pengurusan dan Pembangunan Staf telah menjadi taruhan UiTM Cawangan Pahang untuk melayakkan diri ke peringkat akhir pembentangan AKNC 2022 pada 28 October 2022 yang bertempat di Dewan Annex, UiTM Shah Alam.

Pembentangan akhir yang berlangsung selama 25 minit ini telah dibentangkan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan, Rektor UiTM Cawangan Pahang yang turut dibantu oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Penolong Rektor dan Timbalan Pendaftar.

UiTM Cawangan Pahang telah melaporkan strategi perlaksanaan Pelan Strategik UiTM 2020 – 2025 yang membawa ke arah memotivasikan warga UiTM Cawangan Pahang yang terdiri daripada staf akademik dan staf pentadbiran dalam melaksanakan Performance Indicator (PI) yang telah dipertanggungjawabkan. Sebagai hasil, UiTM Cawangan Pahang telah banyak melahirkan staf yang berwibawa di peringkat universiti sehingga ke peringkat antarabangsa. Pembangunan produk-produk inovasi yang telah dimenangi juga membuktikan bahawa UiTM Cawangan Pahang komited melaksanakan Kecemerlangan Operasi (Operational Excellence) di peringkat PTJ agar khidmat dan mutu pelanggan dapat ditambahbaik.

Kejayaan demi kejayaan yang telah dikecapi oleh UiTM Cawangan Pahang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dilaporkan agar keserlahan UiTM Cawangan Pahang dapat dilihat di mata masyakarat umum, khususnya untuk warga Pahang.

YBhg. Profesor Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan juga mengekspresikan agar UiTM Cawangan Pahang dapat menjadi Johan keseluruhan bagi anugerah ini, dan Johan kategori sekurang-kurangnya.