Persatuan Pelajar Pemulihan Carakerja (OTSA), Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah melabuhkan tirai bagi program ‘Tips And Trips Of Marketing 2021’.
Program ‘Tips and Tricks of Marketing’ ini akan dijalankan dan disasarkan kepada para pelajar Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam yang bertujuan untuk menjadikan program ini satu program yang dapat memberi manfaat khususnya dari segi ilmu keusahawanan kepada pelajar terutamanya yang terlibat dalam bidang perniagaan supaya mereka dapat menjalankan perniagaan mereka dengan lebih yakin dan mendapat hasil yang diinginkan, sekaligus meningkatkan bilangan mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam yang terlibat dalam bidang keusahawanan.
Program ini telah diadakan secara maya, melalui platform Microsok Teams. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan kehadiran 206 orang mahasiswa dan staf UiTM Kampus Puncak Alam bermasuk 16 orang ahli jawatankuasa pelaksana daripada Persatuan Pelajar Pemulihan Carakerja. Program ini dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Pemulihan Carakerja, Dr Padma binti A. Rahman. Penceramah Jemputan Encik Muhammad Syahmi bin Mohd Kamal, merupakan pengasas bersama Ademi Trading.
Encik Syahmi turut terlibat dalam membina jenama melalui pemasaran di Shopee dan telah memberi konsultasi kepada syarikat dan perindustrian Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bermula 2019. Sesi perkongsian beliau sangat menarik dan sedikit sebanyak telah menambahkan ilmu pengetahuan kepada peserta tentang teknik-teknik pemasaran media sosial dan online.