Fakulti Sains Kesihatan dengan kerjasama Program Pejururawatan telah mengadakan satu sesi webinar bertajuk The ‘Irrational’ Taboos and ‘Irrelevant’ Traditions Related to Postnatal Women’s Health and Well-Being secara atas talian pada 5 April 2021. Webinar ini merupakan webinar kedua untuk sessi webinar berkaitan kesihatan wanita. Tujuan webinar ini diadakan untuk Meningkatkan pengetahuan tentang kepecayaan tradisional dan pantang larang serta kesan sampingan bagi ibu selepas bersalin di Malaysia.
Webinar berkaitan The ‘Irrational’ Taboos and ‘Irrelevant’ Traditions Related to Postnatal Women’s Health and Well-Being ini menampilkan Puan Norasma Binti Bakar, Pensyarah kejururawatan di Fakulti Sains Kesihatan selaku penceramah dan Dr. Rusnani Binti Ab Latif, yang juga merupakan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Kesihatan selaku moderator webinar tersebut.
Sesi webinar telah dimulakan dengan pengenalan kepada penceramah yang merupakan bekas ketua jururawat yang telah berkhidmat di Kemeterian Kesihatan Malaysia lebih 22 tahun. Beliau juga memiliki post basic dalam bidang kebidanan dan pernah bekerja di Dewan bersalin. Penceramah memperkenalkan apa itu taboo atau pantang larang juga apa itu fasa post natal. Amnya ibu selepas bersalin secara tradisional memasuki masa dalam pantang (biasanya hanya disebut pantang), yang merupakan tempoh kurungan kira-kira 40 hingga 44 hari (6 minggu) yang harus diperhatikan setelah melahirkan. Ini adalah tempoh yang dicirikan oleh banyak peraturan, sekatan dan pantang larang.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai penjagaan ibu selepas bersalin. Ini adalah sumbangan yang dapat diberikan oleh ahli akademik dari Fakulti Sains Kesihatan untuk mengurangkan stigma terhadap pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Masyarakat harus dididik bahawa pantang larang dan tradisi bukan pengganti rawatan perubatan dan perundingan. Oleh itu, masyarakat harus dididik untuk mendapatkan bantuan perubatan tepat pada masanya. Dengan implikasi strategik, pantang larang dan tradisi mungkin tidak lagi relevan atau tidak rasional. Selanjutnya, perkongsian dari pensyarah kepada masyarakat terdekat diharap dapat mengeratkan lagi hubungan supaya dapat kerjasama di masa hadapan.
Webinar tersebut telah dihadiri oleh peserta di Platform Cisco Webex dan Live Streaming Facebook di mana webinar tersebut telah disiarkan secara langsung. Peserta yang terdiri di kalangan warga akademik UiTM dan luar UiTM, pelajar serta orang ramai, telah memberikan pelbagai input dan maklum balas yang positif. Webinar ini diharap dapat memperluaskan akses pengetahuan mengenai penjagaan selepas bersalin dari pengalaman pensyarah kepada masyarakat di samping mengeratkan hubungan UiTM dengan komuniti terdekat.