‘Teja Honey’ merupakan satu produk Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merupakan hasil projek ternakan telur kelulut (stingless bees) yang bermula sejak Mac 2020. Hasil dari peternakan telur kelulut tersebut dapat menghasilkan madu asli dan berkhasiat sebagai jualan.
Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz, Penyelaras Operasi Desa Kelulut, berkata, ‘Terdapat 61 log kelulut yang menghasilkan madu kelulut yang dituai sebulan sekali, iaitu di antara bulan Februari sehingga bulan Ogos’. Menurut beliau, ‘1 log kelulut dapat menghasilkan anggaran 500ml madu, dan 10 log kelulut dapat menghasilkan 4 kilogram madu kelulut’.
Beliau turut berkongsi objektif projek peternakan telur kelulut, ‘Projek tersebut dapat mengajar keusahawanan terhadap pelajar, di mana hasil tuaian madu jadi hasil perniagaan pelajar, dan untuk keusahawan berlaku di dalam kampus Melaka dan mewujudkan jaringan di antara masyarakat setempat’. Tambah beliau, terdapat beberapa cabaran dalam proses pengambilan kelulut yang menyukarkan proses tersebut, ‘Antara cabaran penuaian madu kelulut merupakan masa penuaian, tempat yang tidak stabil, dan kelakuan kelulut sendiri’.
Farhana Izati Wahidin, Pengusaha Desa Kelulut, berkongsi khasiat madu kelulut yang telah diproses dan dibotolkan. Di antara khasiat madu kelulut adalah membantu meningkatkan hormon bahagia, meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak, dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Selain itu, madu kelulut dapat menghalang pengumpulan lemak badan, merupakan sumber antioksida baik, dan berpotensi untuk mencegah katarak.
Teja Honey mengeluarkan empat jenis botol pelbagai saiz, iaitu botol 100 gram, 200 gram, 300 gram dan 500 gram. Bagi mereka yang berminat untuk membeli produk ‘Teja Honey’ boleh melawat laman sesawang Facebook MASMED UiTM Cawangan Melaka atau secara ‘walk-in’ di UniMart D’Bukit, UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka.
Sila layari untuk melihat video siri Jelajah Kampus, Episod ‘Teja Honey’ di UiTM Channel https://www.youtube.com/watch?v=YAhYe-KxwcU