Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor, 05 Jun 2021: Persatuan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF), Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam buat julung kalinya telah menganjurkan satu program mental health awareness yang diberi nama Talk to Me! Program ini menggunakan Microsoft Teams sebagai medium program dan telah diadakan pada 5 Jun 2021 pada jam 9.00 pagi. Seramai 94 orang peserta yang terdiri daripada wakil dari setiap persatuan dalaman termasuklah persatuan LENSA dan SMF. Program ini telah menjemput Encik Nik Muhammad Asyraaf ‘Ataullah Bin Nik Adli, kaunselor Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam sebagai speaker pada hari tersebut. Program ini telah diadakan bersempena dengan situasi para mahasiswa pada masa kini yang mengikuti pembelajaran secara atas talian atau ODL (Online Distance Learning).
Objektif utama program ini diadakan adalah bagi menyalurkan ilmu dan tips kepada para mahasiswa fakulti sains kesihatan berkenaan cara pengendalian tekanan akademik ketika menjalani pembelajaran secara atas talian. Tujuan program ini diadakan juga adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa berkenaan kepentingan menjaga kesihatan mental pada masa kini.
Pengisian program Talk to Me! ini adalah berkisar tentang pembelajaran secara atas talian, tekanan yang selalu dihadapi oleh mahasiswa sepanjang menjalani pembelajaran secara atas talian dan tips penyelesaian yang boleh dipraktikkan oleh mahasiswa. Beliau juga telah menjalankan aktiviti kaunselor bersama mahasiswa yang membantu mahasiswa mengenali personaliti diri. Oleh itu, mahasiswa akan lebih mudah mempraktikkan tips pengendalian tekanan yang bersesuaian dengan personaliti diri ketika menghadapi tekanan semasa pembelajaran atas talian.
Dengan berlangsungya program ini, mahasiswa mendapat peluang untuk mengatur strategi mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. Oleh itu, diharapkan program seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang agar mahasiswa yang bersedia menghadapi situasi norma baharu dapat dilahirkan.