Tahniah!!! Saudara Muhammad Haziq Hallmi, Naib Johan dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-36 Peringkat Negeri Selangor

Tahniah!!! Saudara Muhammad Haziq Hallmi, Naib Johan dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-36 Peringkat Negeri Selangor

Shah Alam, 29 Ogos 2022 – Tahniah kepada saudara Muhammad Haziq Hallmi dari Persatuan Cultural Unit Theatre (CUTE) di bawah Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Kelantan kerana telah berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-36 Peringkat Negeri Selangor.

Sayembara ini merupakan anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Selangor dan Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah (DBPWT). Pertandingan ini telah diadakan di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah dan seramai 27 orang peserta telah menyertai sayembara ini.