Tahniah kepada Penerima Geran CE-SIR!

Shah Alam, 15 Mac 2023 – Seramai 18 penerima geran CE-SIR telah menerima surat kelulusan Geran Community Engagement – Social Innovation Research (CE-SIR) dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Dewan Annex, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sesi penyerahan surat kelulusan telah diserahkan oleh Profesor Dr Mohamad Hariri Abdullah, Timbalan Naib Canselor ICAN dan disertai oleh Profesor Madya Dr Mahadir Ladisma @ Awis, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti (CNC), Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM.

Geran CE-SIR adalah hasil kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Research Management Centre (RMC) dan Pusat Jaringan Komuniti, ICAN serta menerima sokongan dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

Geran CE-SIR diwujudkan bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan yang dapat menyumbang kepada pemindahan ilmu dan pembangunan inovasi sosial terhadap masyarakat atau komuniti tertentu melalui kerjasama antara komuniti, industri, kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tahniah kepada kesemua penerima geran CE-SIR berikut:

1. ENCIK HAMIZAD BIN ABDUL HADI
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

2. PUAN ROSNIZA BINTI ROSLAN
Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Jasin

3. DR HANIF BIN KHAIRI
Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam

4. PROFESOR MADYA DR NASIROH BT OMAR
Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Media, UiTM Shah Alam

5. TS WAN ZAMANI BIN WAN ZAKARIA
Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam

6. PROFESOR MADYA DR ROHAYU BINTI AB MAJID
Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam

7. DR MOHAMAD SUFIAN BIN SO’AIB
Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

8. DR NOOR FAHITAH BINTI ABU HANIPAH
Fakulti Perubatan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh

9. DR NUR SYAHIZA BINTI ZAINUDDIN
Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Shah Alam

10. PUAN NOOR AZURA BINTI DAHALAN
Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

11. DR MOHD SHAHEZWAN BIN ABD WAHAB
Fakulti Farmasi, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

12. PUAN LAILATUL FAIZAH BINTI ABU HASSAN
Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

13. IR DR NORIAH BINTI YUSOFF
Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Shah Alam

14. DR SYAMIMI BINTI TURIMAN
Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam

15. PUAN NUR SABIHA BINTI MD HUSSIN
Fakulti Farmasi, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam

16. TS DR JAMIL BIN TAJAM
Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau

17. DR SHAMSATUN NAHAR BINTI AHMAD
Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Media, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat

18. PUAN AEMILLYAWATY BINTI ABAS
Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka