Tahniah Kepada Pasukan Esports UiTM

Tahniah dan syabas kepada Team UiTM Vendetta dan Team Highlander esport atas kejayaan menjadi juara dan naib juara Mobile Legend Bang Bang Yodoo KEK semester 3 peringkat playoff zon tengah.

Pada 4 hingga 5 Julai 2020 telah berlangsungnya Yodoo Kejohanan Esukan Kampus (KEK) semester 3 peringkat playoff zon tengah. Sebanyak 64 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Pusingan akhir telah menemukan dua pasukan dari UiTM iaitu Team UiTM Vendetta dari UiTM Shah Alam dengan Team Highlander esport dari UiTM Puncak Alam.

Team UiTM Vendetta diwakili oleh Muhammad Nabil bin Japri (Ketua Pasukan), Aliff bin Nasir, Muhammad Badrun bin Ahmad Puad, Hariez bin Idris, Danish Haziq bin Azrul Yusasaini dan Muhammad Amirul Iqmal bin Rosman. Team Highlander esport pula diwakili oleh Akram Hamim bin Azmi (Ketua Pasukan), Fikri Aiman Bin Mohd Khidzir, Muhammad Akid Hanafi Bin Ishak Hizam, Muhamad Badrul Amin bin Enche Ibrahim, dan Muhammad Danial Amirul Bin Zainuddin.

Team UiTM Vendetta berjaya menjadi Juara di peringkat playoff zon tengah. Selaku juara zon tengah, Team UiTM Vendetta layak secara automatik ke peringkat Grand Final yang akan dilangsungkan pada 18 hingga 19 Julai 2020. Sekiranya pasukan ini berjaya menjadi juara di grand final, mereka bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM 50 000 dan akan mewakili Malaysia ke peringkat antrabangsa dalam kejohanan PVP Campus Championship. Bagi Team Highlander esport pula, mereka perlu melalui satu lagi pusingan kelayakan untuk mereka melayakkan diri di grand final. Hanya tiga pasukan terbaik yang akan layak ke peringkat grand final.  

Selamat maju jaya diucapkan kepada kedua-dua pasukan UiTM yang akan bertanding di peringkat seterusnya.