Sumbangan 200 Kampit Beras Bagi Program Perasmian Dapur HEP UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU, 16 MAC 2022 – UiTM Cawangan Sabah melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menerima sumbangan sebanyak 200 kampit beras bagi program Dapur HEP yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Dapur HEP adalah salah satu inisiatif daripada pihak BHEP untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan dan golongan B40.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Puan Dg Ropiah binti Salleh, Pengurus Puncakmas Resources kepada Encik M.Amran Pardi, Pengurus Asrama Kanan juga dengan kehadiran Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar, YBhg. Datin Dr. Rafidah @ Malissa binti Datuk Haji Salleh bertempat di Bilik Gerakan JPK, Kolej Manukan, UiTM Cawangan Sabah.

Diharapkan dengan adanya inisiatif Dapur HEP ini dapat membantu golongan pelajar yang memerlukan.