23 November 2023 – Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan sekali lagi telah menganjurkan program berimpak tinggi dengan tema keusahawanan yakni Sit N’ Learn With Miss Adibah. Program ini telah diadakan pada 4 November 2023 dan telah disertai seramai 230 orang pelajar kolej kediaman yang terdiri daripada pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian UiTM Kampus Sungai Buloh serta beberapa orang luar. Program ini menampilkan Miss Adibah, pengasas produk kosmetik sensasi, The RAW untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkenaan bidang Keusahawanan. Sesi Ceramah dimulakan dengan :
Sesi 1: Perkongsian ilmu – Bertajuk : Keusahawanan Tanpa Batasan
Sesi 2: Soal Jawab antara Miss Adibah dan para pelajar
Objektif program ini dapat dicapai yakni merealisasikan hasrat UiTM untuk melahirkan graduan berciri keusahawanan dan usahawan siswazah yang kompetitif dan lestari. (Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025). Dapat dilihat sepanjang program ini, pelajar sangat fokus kepada speaker jemputan dan menunjukkan minat yang tinggi.
Kesimpulannya, program ini memberikan pelbagai manfaat kepada penghuni kolej dan menjadi suatu penyebab dimana pelajar semakin sedar bahawa keusahawanan merupakan suatu bidang yang amat penting kepada semua individu tanpa mengira latar belakang pendidikan.