Siri 2: Sungkai (Iftar) Perdana Bersama Pelajar UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU, 3 April 2023 – Unit Hal Ehwal Islam, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sabah menganjurkan Siri 2: Sungkai (Iftar) Perdana Bersama Pelajar UiTM Cawangan Sabah bertempat di Dewan Ibnu Kaldhun, Bangunan Ujana Sarjana UiTM Cawangan Sabah.

Program dihadiri oleh Puan Aminah Aman, Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Sabah bersama Staf Pejabat Pentadbiran dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pelajar yang hadir pada kali ini adalah seramai 150 orang. Program bermula dengan sesi perkongsian dari Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan UiTM Cawangan Sabah, Ustazah Adie Herryzieyantie Abdul Gair berkenaan Amalan Wajib dan Sunat Sepanjang bulan Ramadhan, Sesi Bersungkai (Iftar), Solat Maghrib, Isyak dan Sunat Terawih bersama di bawah bimbingan Imam Asley Josley, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Sabah.

Siri 1: Sungkai (Iftar) Perdana Bersama Pelajar UiTM Cawangan Sabah telah diadakan pada 27 Mac 2023 turut dihadiri Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Sabah diketuai Yang Berbahagia Datuk Prof Madya Dr. Abdul Kadir bin Hj Rosline melibatkan 150 pelajar. Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi).

Selain menyediakan juadah berbuka puasa, pelajar dapat merasai suasana berbuka bersama keluarga UiTM Cawangan Sabah dan mendirikan solat secara berjemaah. Siri 3: Sungkai (Iftar) Perdana Bersama Pelajar UiTM Cawangan Sabah dan Penutup Bulan Ramadhan akan di adakan pada 13 April 2023 di Dewan al-Bukhari , UiTM Cawangan Sabah.