Pada 7 Oktober 2021 yang lalu telah berlangsung sesi taklimat pelajar baharu Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang sesi Oktober 2021 bersama Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang. Sesi Taklimat ini telah dijalankan dalam Minggu Education 5.0 dan secara atas talian. Taklimat ini bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan awal berkenaan dengan Kursus Pengajian Kejuruteraan Awam kepada semua pelajar terlibat.
Seramai 68 orang pelajar terlibat sepanjang sesi taklimat ini yang berlangsung selama kira-kira 2 jam. Pada sesi taklimat ini juga penerangan berkenaan pelan pengajian dan perihal akademik turut disampaikan oleh Koordinator Akademik Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang iaitu Ts. Zulhafizal Othman. Perkara penting yang perlu pelajar tahu sepangjang tempoh pengajian mereka telah diberi penerangan. Selain itu, turut serta semasa sesi taklimat ini adalah Presiden Persatuan Pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam iaitu Saudara Irfan.
Diakhir sesi taklimat tersebut pelajar diberi ruang untuk bertanya sebarang pertanyaan berkaitan dengan pengajian mereka. Pelajar memberikan respon dan kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi bersama KPP ini. Diharapkan dengan adanya sesi seperti ini dapat memberikan kefahaman yang lebih kepada para pelajar baharu. Didoakan agar para pelajar ini akan dapat mengharungi pengajian dengan baik dan beroleh kejayaan. Pihak Pengurusan Fakulti mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua Pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang sesi semester Oktober 2021!