Program Bicara Buku Bersama Ybhg. Profesor Datin Dr. Hajibah Hj. Osman

Dalam dunia penerbitan, pelbagai jenis genre dihidangkan kepada pembaca terutamanya buku ilmiah, novel, buku motivasi dan banyak lagi. Namun, pernahkah anda mendengar tentang genre korporat (Corporate Genres)?

Apakah sebenarnya genre korporat (Corporate Genres)?

Bagi mengupas lebih lanjut, Penerbit UiTM dengan sukacitanya akan menganjurkan sebuah program Bicara Buku bersama YBhg. Profesor Datin Dr. Hajibah Hj. Osman bagi membicarakan buku berjudul Aspects of Corporate Genres pada:

Tarikh: 14 Oktober 2021 (Khamis)
Masa: 2.30 – 4.30 petang
Moderator: Encik Mohd Nasir Harun, Pegawai Penerbitan Kanan Penerbit UiTM
Platform: Webex Cisco
Pautan: https://bit.ly/3BAQUQK
FB Live Penerbit UiTM: https://bit.ly/3qNmsyf

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada semua dalam usaha menambah pengetahuan dan galakan perkongsian ilmu dalam kalangan masyarakat dan warga UiTM. Selain itu, ia juga bagi mempromosikan buku dan penulis dalam mempergiatkan industri perbukuan di Malaysia.

YBhg Dato’/Datin/Prof/Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan dijemput untuk bersama-sama menyertai program ilmiah ini yang akan dikongsikan oleh panel jemputan.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku ini, sila layari https://bit.ly/3ACKoHT (Shopee@UiTM_Bookville) untuk maklumat lanjut. Diskaun sehingga 10% turut diberikan sepanjang program berlangsung.

Jangan lepaskan peluang ini!

Nota: Jam latihan dan e-sijil akan disediakan kepada warga UiTM yang hadir.