Sesi ‘Sembang Ofis Kita’ Siri 23 (BPPA)

Sesi ‘Sembang Ofis Kita’ Siri 23 BPPA telah disampaikan oleh Puan Nor Azwa Abu Hassan, Kerani BPPA melalui platform CISCO Webex bertarikh 21 Februari 2022 yang lalu bermula jam 10.00 pagi. Tajuk yang disampaikan oleh beliau adalah Pemantauan Kualiti Berterusan : Pentaksiran dan Penilaian.

Pemantauan Kualiti Berterusan : Pentaksiran dan Penilaian dilaksanakan bagi memastikan program akademik UiTM yang ditawarkan oleh Fakulti/Kampus/Pusat Akademik kekal relevan, dinamik dan berkualiti di samping mengenalpasti ruang penambahbaikan berterusan di peringkat kursus dan program akademik.

Pemantauan ini diketuai oleh Penaksir yang dilantik oleh Pengarah Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) dan dibantu oleh Urusetia yang terdiri daripada staf-staf di bawah Unit Audit dan Pemantauan BPPA.

BPPA telah membangunkan Instrumen Pemantauan Kualiti Berterusan: Pentaksiran dan Penilaian untuk tujuan memantau proses pentaksiran dan penilaian akademik secara spesifik dengan lebih komprehensif serta tersusun.

Sebanyak 18 item pemantauan telah dibangunkan yang meliputi lima (5) proses iaitu perancangan, pengesahan, pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan berterusan serta penyenggaraan dan kawalan rekod. Bagaimanapun, item ini sedang ditambahbaik untuk digunakan pada tahun 2022.

Didalam sesi perkongsian tersebut, Puan Nor Azwa telah menerangkan apakah tugas-tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan berdasarkan proses kerja iaitu sebelum, semasa dan selepas pemantauan.

Sesi Sembang Ofis Kita Siri 23 berakhir pada jam 10.30 pagi. Semoga sesi ini dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan kepada warga BPPA berkenaan Pemantauan Kualiti Berterusan : Pentaksiran dan Penilaian.