Sesi ‘Sembang Ofis Kita’ Siri 22 (BPPA), UiTM Shah Alam

Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) telah mengadakan sesi ‘Sembang Ofis Kita’ Siri 22 pada 7 Februari 2022. Sesi ‘Sembang Ofis Kita’ diadakan secara maya melalui aplikasi CISCO Webex pada jam 10.00 pagi. Siri 22 kali ini bertajuk Cara Mudah Menganalisa Data disampaikan oleh Cik Nurul Amirah Sahidan. Beliau telah berkongsi tentang cara mudah menganalisa data menggunakan pivot table di Google Sheet dalam sesi yang mengambil masa lebih kurang 30 minit tersebut,

Pivot table merupakan sebuah tools pada aplikasi MS Excel yang digunakan untuk meringkaskan, menganalisa serta menjelajah data untuk dibentangkan menjadi sebuah laporan dalam bentuk jadual-jadual. Pivot table juga merupakan satu alat statistik yang meringkaskan dan menyusun semula column dan rows yang telah dipilih untuk mendapatkan laporan. Pivot table hanya memindahkan atau menukar data untuk dilihat dari perspektif yang berbeza.

Fungsi pivot table ini adalah bertujuan agar sebuah data boleh dibentangkan secara ringkas berdasarkan parameter-parameter yang diberikan sesuai dengan keperluan data dan dengan menggunakan pivot table ianya dapat mempercepatkan analisa suatu data untuk mengambil suatu keputusan

Warga BPPA diterangkan maksud pivot table dan Cik Nurul Amirah menunjukkan cara dan langkah menggunakan pivot table di Google Sheet. Menggunakan platform Google Sheet adalah cara paling mudah, mendapatkan data/graf secara ‘live’

Cik Nurul Amirah menunjukkan secara hands-on bagaimana cara membina dan langkah-langkah membuat pivot table iaitu dengan memilih baris untuk menarik data, seterusnya, klik insert dan create dan pilih data dan insert chart, pilih chart style dan kilik series. Seterusnya di customize klik ‘series’ dan klik pada kotak ‘data labels’ dan langkah terakhir, chart dikemaskan.

Kesimpulannya, dengan menggunakan tools pivot table, anda boleh merumuskan laporan suatu kumpulan data untuk memudahkan anda memanipulasi data dalam jumlah yang banyak dan mendapat hasil yang cepat dan tepat. Semoga sesi perkongsian yang bermanfaat ini dapat memberi pengetahuan baharu khususnya kepada warga BPPA serta membantu kita menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih menarik dengan cara yang mudah.