SESI PERKONGSIAN ALAT INOVASI PENGAJARAN DYNAMIC CULTIVATOR BLADE BAGI TUJUAN SPIN OFF DAN PENGKOMERSILAN

Pada 5 Oktober 2023 telah diadakan satu sesi perkongsian alat inovasi pengajaran, Dynamic Cultivator Blade bagi tujuan spin off dan pengkomersilan oleh Kumpulan Inovasi dan Kreatif (Kik), Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA), UiTM Kampus Jasin, Melaka bersama UiTM Jengka, Widad Facilities Management, Jabatan Pertanian Pulau Gadong, UiTM Sarawak, UiTM Arau, UiTM Sabah, UCAM Melaka, Jabatan Pertanian Perak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas.

Dynamic Cultivator Blade adalah alat pertanian yang penting yang memainkan peranan yang signifikan dalam membantu proses merumpai dan menggembur tanah. Oleh itu, sesi perkongsian ini bertujuan untuk membekalkan maklumat yang diperlukan bagi penggunaan yang berkesan dan selamat mengikut Standard of Procedure (SoP) yang telah ditetapkan.

Dalam taklimat ini, ketua KiK FPA telah menjelaskan aspek-aspek penting mengenai cultivator termasuk cara penggunaannya dengan betul, langkah-langkah keselamatan, dan manfaat yang boleh diperoleh melalui penggunaan yang betul.

Melalui perkongsian ini juga, Kumpulan KiK FPA juga mendapat maklumbalas dan juga cadangan yang positif daripada semua yang terlibat. Dengan adanya cadangan dan komen yang membina ini, pihak KiK FPA dapat menambahbaik cultivator ini bagi memastikan semua jabatan yang terlibat dengan pertanian, institusi-institusi dan juga bahagian landskap dapat menggunakan alat ini dengan baik dan berkesan.

Kumpulan KiK FPA berharap semua jabatan, institusi dan juga sekolah yang terlibat akan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam mengenai Dynamic Cultivator Blade dan akan digunakan dalam membantu meningkatkan produktiviti pelajar dan staf dalam aktiviti pertanian dan juga dalam pemeliharaan landskap, sambil memastikan keselamatan penggunaan alat ini apabila digunakan di kawasan mereka.