KOTA KINABALU, 29 Mac 2024 –Semarak Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi UiTM Cawangan Sabah telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud yang dihadiri oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) secara fizikal dan atas talian untuk berdialog dan seterusnya berbuka puasa bersama-sama. Allah berfirman dalam Al Quran, Surat Yunus Ayat 58
قُلْ بِفَضْلِ ٱللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِۦ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا۟ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
Maksudnya:: Katakanlah: “Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”.
Program dimulakan dengan Sesi Dialog Majlis Perwakilan Pelajar bersama YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan seterusnya Sesi penyampaian Sumbangan kepada UiTM Cawangan Sabah dan para pelajar.
YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi turut menyumbangkan sejumlah RM20,000 kepada Dapur HEP UiTM Cawangan Sabah untuk dimanfaatkan bagi membeli peralatan dapur dan makanan sebagai kegunaan para pelajar B40 yang memerlukan. Dapur HEP UiTM Cawangan Sabah telah menyediakan nasi percuma setiap hari kepada pelajar di kolej kediaman.
YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada para asnaf pelajar termasuklah daripada Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah dan Politeknik Kota Kinabalu (PKK).