HANYUT DIPINTASI, LULUS DISELAMI, HILANG DICARI. “PIROMUTAN UKHUWAH” (ZIARAH KASIH) PESARA UiTM CAWANGAN SABAH

KOTA KINABALU, 2 April 2024 – Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari.  Program Piromuran Ukhuwah (Ziarah Kasih) Pesara pada kali ini, UiTM Cawangan Sabah menyantuni ahli keluarga pesara yang telah kembali kerahmahtullah, yang ditimpa musibah kebakaran rumah dan yang menghadapi cabaran Kesihatan.  Menyusuri beberapa daerah di Sepanggar, Papar, Bongawan dan Muhibbah membantu dan meringankan keluarga yang ditimpa kesusahan.

Senyuman yang terukir dan air mata kegembiraan menyambut kehadiran Yang Berusaha Rektor UiTM Cawangan Sabah, Profesor Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed, Timbalan Pendaftar Kanan, Puan Aminah Aman serta staf Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Sabah semasa kunjungan Piromuran Ukhwah (Ziarah Kasih) ke kediaman penama yang terpilih.   Pemberian hamper makanan barangan asas seperti beras, minyak, tepung, gula, kuih raya dan sedikit sumbangan wang ringgit sedikit sebanyak menceriakan keluarga yang dikunjungi.  Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk memberi.  Begitu juga firman Allah SWT:

وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ وَأَحۡسِنُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Maksudnya:

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”

(Ayat 192, Al Baqarah, Al Quran)

Melalui kunjungan ini, ahli keluarga pesara merakamkan ucapan terima kasih kepada UiTM Cawangan Sabah kerana melaksanakan program seperti ini dan sedikit sebanyak memberi mereka semangat, kegembiraan serta memberi makna dalam menyambut Ramadan kali ini dan Aidilfitri yang bakal tiba. Pihak Pengurusan Kampus sentiasa mendoakan semua ahli keluarga dan pesara tabah menghadapi ujian ini dan semoga Allah SWT kurnia rahmat kepada semua.