Self Revolution Challenge (SRC) adalah program amalan gaya hidup sihat yang berlansung pada 6 Disember 2020 sehingga 3 Januari 2021 lalu. Acara ini dikendalikan oleh pelajar tahun akhir Sarjana Muda dalam Pengurusan Majlis dari Fakulti Pengajian Perniagaan, Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam, Selangor.
Self Revolution Challenge (SRC) adalah program bagi membantu individu yang mempunyai lebihan berat badan menurut BMI (Body Mass Index) untuk menurunkan berat badan mereka dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Program SRC menggunakan perundingan dari pakar diet kecergasan dan juga jurulatih profesional bagi memastikan para peserta dapat mnegurangkan berat badan secara sihat dan berkesan. Program SRC telah menyiadakan banyak aktiviti yang dijalankan oleh pakar diet kecergasan dan jurulatih profesional bagi memastikan setiap peserta terus bermotivasi serta aktif. Sebagai contoh, aktiviti cabaran mingguan, cabutan bertuah, sesi bersama pakar diet kecergasan dan juga jurulatih profesional.
Terdapat 50 orang peserta yang menyertai program Self Revolution Challenge 2020 dan kesemua antara mereka merupakan warga negara Malaysia. Setiap peserta yang menyertai program SRC telah dihadiahkan satu Yoga Matt sebagai tanda terima kasih dari pihak Self Revolution Challenge 2020 kerana sudi menyertai program kami. Selain itu, SRC telah menyediakan hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM500 kepada pemenang yang layak memenangi bukan sahaja dapat menurunkan berat badan paling banyak malah memenuhi kesemua kriteria pemenang yang kami cari.
5 orang peserta antara mereka telah mencapai penurunan yang paling banyak sepanjang program ini berlangsung. Pemenang, Najwa Izzati telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5.15kg sepanjang 4 minggu program ini berlangsung. Najwa Izzati telah dipilih sebagai pemenang SRC2020 kerana memenuhi kesemua kriteria pemenang yang dicari iaitu beliau sangat aktif didalam Group Telegram dan Najwa juga menyertai program – program mingguan yang telah kami sediakan.
“Terima kasih kepada para dietitian dan juga coach Dollah diatas bimbingan dan juga ilmu yang dikongsikan. Banyak yang saya pelajari dan banyak yang saya telah ubah dalam pengambilan makanan harian saya. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan rakan seperjuangan serta saya harap kita semua tidak berhenti setakat ini sahaja. Saya harap program ini dapat dilanjutkan lagi pada masa akan datang.” – Najwa Izzati, Pemenang Self Revolution Challenge 2020.
Izzah, peserta SRC2020 juga berkata “ Saya ingin berterima kasih kepada pelajara tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Majlis UiTM Puncak Alam, Selangor. Disebabkan program ini, saya telah perolehi banyak ilmu tentang gaya hidup yang sihat.”
“ Terima kasih kerana telah membuat satu program yang sangat menarik. Terdapat pelbagai info yang baru yang saya telah pelajari dalam 8 modul kesihatan.” Haifa Syafiah, peserta program SRC2020.
Huzaifah, juga peserta SRC2020 berkata “Program ini sangat membantu individu untuk menurunkan berat badan. Terdapat pelbagai senaman dan juga penerangan yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung”.