Program Kekal Hijau Negeri Perak bersama UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah

Aktiviti Penanaman Pokok Sempena Program Kekal Hijau Negeri Perak Darul Ridzuan 2020 melibatkan UiTM Cawangan Perak telah menerima sebanyak 560 anak pokok daripada Perbadanan Menteri Besar Perak.

Daripada 560 ini, 135 anak pokok telah dikhaskan untuk Kampus Tapah. Pokok-pokok ini terdiri daripada 80 anak pokok Kelapa, 25 anak pokok Harum Manis, 10 anak pokok Rhu, 10 anak pokok Rambutan dan 10 anak pokok Palma.

Pokok-pokok ini telah ditanam dibeberapa lokasi berbeza mengikut kesesuaian tanah dan keperluan asas pokok tersebut. Pokok Kelapa telah ditempatkan di sepanjang akses laluan kedua UiTM, manakala pokok Harum Manis dan Palma telah ditempatkan berhampiran bangunan Akademik Zeta. Pokok Rambutan telah ditempatkan berhampiran dengan rumah Residen Staf Zeta manakala pokok Rhu ditempatkan di Kolej Zeta.

Aktiviti penanaman ini telah dirasmikan oleh YBhg Rektor UiTM Cawangan Perak, Prof. Sr Dr Md Yusof Hamid,  Penolong Rektor UiTM Kampus Tapah, Pengurusan Eksekutif, Ketua Pusat Pengajian serta para Koordinator Program.

Aktiviti penanaman ini juga telah melibatkan seramai 60 warga UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah yang terdiri daripada pelbagai bahagian dan fakulti. Antaranya adalah daripada Bahagian Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar, Pentadbiran, Bendahari, Infostruktur, Polis Bantuan, PTAR, BPPF, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Fakulti Sains Gunaan, JabatanPengurusan dan Perniagaan, Akademik Pengajian Bahasa dan ACIS.