Sambutan Kemerdekaan Anjuran Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS)

31 Ogos 2021: Persatuan Pelajar Fisioterapi (PHYTAS), UiTM Cawangan Kampus Puncak Alam telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan yang wajib diadakan setiap tahun, di mana program ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan bagi melahirkan rasa cinta pada negara dan memupuk semangat patriotism di kalangan pelajar. Ia juga bagi merapatkan lagi hubungan sesama ahli persatuan dan memeriahkan lagi hari Kemerdekaan yang ke-64 ini. Sambutan ini berlansung secara maya di laman sosial Instagram rasmi Phytas. Ia berbentuk video pendek dan disertai oleh para ahli persatuan serta penasihat Phytas, Encik Muhammad Aliff Abdul Latir.

Sambutan ini dilaksanakan dengan mengumpul gambar-gambar patriotik ahli Phytas dan ucapan ringkas bertemakan hari Kemerdekaan dari penasihat persatuan. Para pelajar dikehendaki untuk bergambar bersama bendera Malaysia dan satu objek unik yang mengambar ciri-ciri keistimewaan Malaysia seberti songkok, sampin, baju kurung dan bunga Raya. Gambar-gambar tersebut dikumpul dan dijadikan sebuah video berlatarkan lagu patriotik dari Faizal Tahir yang bertajuk Malaysia.

Program ini telah mendapat sambutan yang memberansangkan dari ahli Phytas biarpun ia berlansung pada cuti semester. Terdapat banyak gambar-gambar yang unik dan kreatif yang telah mereka berikan bagi memeriahkan lagi bulan kemerdekaan ini sekaligus memupuk lagi semangat kemerdekaan dan cinta akan tanah air Malaysia.

Ketiadaan sambutan besar-besaran yang biasa diadakan di dataran merdeka menjadikan hari bersejarah ini hampa. Program ini merupakan satu upacara yang penting bagi tujuan menghidupkan lagi bulan kemerdekaan tahun ini di samping kekangan Covid-19 yang melanda. Akhir sekali, sambutan Kemerdekan anjuran Phytas ini telah berjaya menghidupkan lagi bulan kemerdekan tahun 2021.