Rangkul Pingat emas Pada Percubaan Pertama Pertandingan Inovasi peringkat Nasional: PRIN2023

Kumpulan Pensyarah dan pelajar daripada Bidang Fizik Fakulti Sains Gunaan (FSG) kampus Tapah yang terdiri daripada Dr. Nurul Ilham Adam, Muhammad Firdaus Ilias dan Ahmad Izzat Iqbal Bin Zaini telah mempertaruhkan projek inovasi fizikal mereka iaitu “Portable Solar Kit Box” . Projek mereka telah dipilih sebagai pemenang pingat emas dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Nasional anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau “PRIN2023”. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari bermula 18 dan 19 Oktober sepenuhnya secara dalam talian itu memaparkan pelbagai penyelesaian dan idea-idea revolusioner daripada individu dan pasukan yang berbakat, yang berasal dari pelbagai latar.

Acara yang diadakan dalam talian melalui mesyuarat zoom yang telah mengumpulkan minda terbaik negara, yang bersaing dalam pelbagai kategori seperti teknologi, kelestarian, penjagaan kesihatan, dan pendidikan yang terdiri daripada 102 penyertaan dari seluruh Malaysia. Para inovator berbakat masing-masing mempersembahkan projek-projek yang menangani isu-isu yang berlandaskan penyelesaian cabaran dalam komuniti masyarakat kita hari ini.

Antara sorotan dalam PRIN2023 ialah usaha-usaha dalam tenaga boleh diperbaharui, inovasi kaedah pembelajaran, berpandukan kecerdasan buatan, dan pertanian lestari. Projek-projek yang dipertandingkan disediakan menyediakan video projek masing-masing yang berdurasi tiga minit yang dinilai panel juri professional dari industri serta akademik .

Anugerah diberikan setelah melalui proses penilaian yang teliti serta idea inovasi yang boleh menyumbang kepada penyelesaian masalah sejagat dalam komuniti.

“PRIN2023” bukan sahaja mengiktiraf para inovator dalam negara, tetapi juga memaparkan kepentingan inovasi dalam menangani cabaran-cabaran zaman ini. Melalui pencapaian ini, kumpulan “Portable Solar Kit Box” berharap agar produk inovatif yang mereka menangi dapat direalilisasikan dalam komuniti yang berada jauh dipedalaman terutama di rumah-rumah perkampungan orang asli dalam Malaysia Khususnya tanpa sebarang hubungan elektrik melalui kabel dapat digunakan dan mereka berharap agar ianya akan segera menjadi kenyataan, memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.