Ramah Mesra dan Penyerahan Zakat Bersama Bank Islam

SEGAMAT, 25 Oktober 2023. Kehadiran Hj Kameri bin Edi Pengarah Bank Islam Wilayah Selatan Bank Islam Malaysia Berhad bersama delegasi telah disambut oleh Profesor Madya Dr. Saunah Zainon, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor.

Program ramah mesra anjuran Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawanagan Johor ini juga bertujuan menyerahkan zakat korporat kepada pelajar asnaf. Memandangkan pelajar kini ramai tinggal di rumah sewa dan dikalangan keluarga yang kurang berkemampuan. Wajar semua pihak cakna dan memberikan sumbangan kepada mereka. Peluang yang ada dapat berbincang saluran-saluran dan bentuk bantuan yang dapat dilaksanakan.

Sokongan ekonomi sangat penting untuk mencari ilmu dengan tenang dan kurang tekanan. Wang bukan segalanya tetapi tanpa wang manusia tidak dapat melakukan aktiviti harian. Dengan bantuan zakat, serba sedikit dapat menampung kekurangan mahasiswa semasa pengajian. Kegigihan mahasiswa untuk terus kuat semangat dan berdaya saing melanjutkan pengajian perlu sokongan.

Rombongan juga turut melawat tapak food bank. Ini bagi mendedahkan kepada semua bahawa kebajikan pelajar dapat dijaga dan memberi peluang untuk mereka menyalurkan sumbangan sama ada berbentuk kewangan atau barangan. Diharapkan ramai lagi sumbangan yang akan disalurkan oleh syarikat atau institusi juga Badan Bukan Kerajaan untuk membantu kelangsungan mahasiswa menuntut ilmu.