Pusat Hijau Uitm Jayakan Projek Perintis Perhentian Bas Berkuasa Solar Bersama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (Csr) Dan Jabatan Alam Sekitar Malaysia

May be an image of 11 people and text

SHAH ALAM,19 JANUARI 2024 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi berada di barisan hadapan dalam kelestarian alam sekitar, dengan pelancaran projek Perhentian Bas Berkuasa Solar. Inisiatif inovatif yang diterajui oleh UiTM Green Centre (UGC) bersama rakan strategik – Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) ini menandakan satu lonjakan dalam mewujudkan persekitaran kampus yang mesra alam dan rendah karbon melalui naik taraf infrastruktur pengangkutan awam.

Selari dengan slogannya – “Tenaga Solar: Gaya Hidup Kampus Yang Hijau Dan Lestari”, inisiatif ini membuktikan komitmen bersepadu UiTM terhadap gaya hidup lestari dan selaras dengan usaha pengurangan jejak karbon di kampus. Majlis pelancaran yang dirasmikan oleh YBhg. Profesor Ts. Sr. Dr. Md Yusof Hamid, Penolong Naib Canselor UiTM (Pembangunan), menyatakan setinggi penghargaan UiTM kepada rakan strategik yang banyak membantu dalam mentransformasikan UiTM sebagai kampus hijau selaras dengan Pelan Strategik UiTM 2025.

May be an image of map and text that says 'Gaya Hidup Kampus Hijau Dijanakan Öleh Tenaga Solar Membentuk generasi muda yang peka, peduli dan lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar Kampus berinovasi dan mesra alam Pupuk kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar Mendorong pembelajaran di mana jua Penjimatan kos dan masa JABATAN KOMUNIKASI KOMU NIKASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA'

May be an image of 5 people and text that says 'Gaya Hidup Dijanakan Kampus aga Solar Bersepadu gurangan bon D Û JABATAN KOMUNIKASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA'

May be an image of 4 people, headscarf and text that says 'Bersama Menjana Tenaga Masa Depan Perlindungan alam sekitar menjadi teras Tanggungjawab Sosial Korporat CSR. Inisiatif Hijau ini merupakan satu lagi rsama ur bentuk bang pan JABATAN KOMU NIKASI UNIVERSITI TEKNOLOG MARA'
Sejak 2019 sehingga kini, UiTM aktif di dalam Cabaran Rendah Karbon 2030 dan berjaya mencapai pengurangan sebanyak 45% pelepasan karbon. Bagi mematerialisasikan agenda ini, Pelan Tindakan Strategik Kelestarian Kampus UiTM (2024-2030) juga telah dibangunkan dan akan mula digunapakai di seluruh sistem UiTM bermula pada tahun ini. UiTM turut secara aktif  pendukung pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 dengan memperjuangkan kelestarian di seluruh kampusnya. Ketua Pegawai Eksekutif Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR), En. Mohamad Zuki Wan Abdullah berkata,  selaku rakan strategik bagi projek perintis ini, CSR sentiasa menyokong agenda kelestarian alam sekitar.

“Isu Kelestarian merupakan salah satu keutamaan kami di CSR, bukan sahaja dari segi operasi malah juga sumbangan kepada masyarakat setempat.. Kami yakin bahawa melalui projek perintis ini, ianya bukan sahaja dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon, malah ia juga dapat menyemarakkan inovasi seiiring dengan perkembangan teknologi”, kata En. Mohamad  Zuki.

Sebanyak lapan buah perhentian bas dinaik taraf dengan pemasangan panel solar di sekitar UiTM Kampus Shah Alam. Teknologi solar ini direka bentuk dengan mengintegrasikan ciri-ciri yang dilengkapi dengan bekalan tenaga solar untuk pencahayaan (lampu) dan kemudahan pengecasan USB yang mampu beroperasi selama 24 jam. Projek yang merupakan hasil  kerjasama di antara UGC bersama rakan strategik CSR telah menaja pemasangan sistem solar di tujuh perhentian bas UiTM Shah Alam, manakala sebuah perhentian bas lagi ditaja oleh JAS.